Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Cerita Zen – Permata Yang Hilang

Disebuah kampung pendalaman tinggallah seorang pemuda , dia seorang yang baik hati tetapi dia hidup serba kekurangan ibarat “kais pagi makan pagi , kais petang makan petang”.

Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan hidup dia mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dia mendaki sebuah gunung untuk lompat dan bunuh diri dari situ. Sesudah sampai ke atas gunung tersebut dia terjumpa dengan seorang tua yang sedang bertapak disitu.

Orang tua tersebut tanya sebab dia naik atas bukit tersebut dan pemuda tersebut pun meluahkan isi hatinya. Petapak tersebut tersenyum besar dan mula bercakap seperti berikut :

” Hanya kerana sebuah masalah kecil ini kamu hendak membunuh diri kamu ?. Tak apa , kamu pergi ke pantai dibawah , dipantai tersebut terdapat sebuah batu permata yang tak ternilai harganya . Kamu boleh hidup serba mewah dengan hasil jualan batu permata tersebut . Pergilah dan cari batu tersebut dengan segera , ia tertutup dengan batu-batu kerikil ditepi pantai ” .

Pemuda tersebut minta diri dengan petapak tersebut dan pergi ketepi pantai untuk memcari batu permata tersebut. Dia kutip sebuah batu dan periksanya , didapati ia bukan batu permata , dia buang batu itu kedalam laut.

Dia kutip sebuah batu lagi dan periksanya , didapati ia bukan batu permata , dia buang batu itu kedalam laut.

Dia kutip sebuah batu lagi dan periksanya , didapati ia bukan batu permata , dia buang batu itu kedalam laut.

Dia ulangi perbuatan tersebut untuk sekian lama , hari pun dah mula gelap ; dia sudah kutip dan buang ribuan batu. Sampai suatu masa dia terjumpa dan mengutip batu permata yang tak ternilai itu.

Tetapi , oleh kerana sudah biasa dengan kutip dan buang batu kedalam laut . Seperti biasa dia pun kutip dan terus buang batu permata tersebut didalam laut tanpa diperiksa.

Kita semua sedar ujudnya batu permata yang tak ternilai , tetapi lalai dalam mencarinya. Oleh kerana kita tidak berminat dan tidak berhati-hati ; kita tak dapat jumpa dengan batu permata tersebut.

 

 

[POPUP=IMG1]
 

Comments

comments

468 ad