Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Kitaran Hidup Manusia Mengikut Agama Buddha

Share/Bookmark

Buddha

 

Agama Buddha mendakwa kehidupan manusia tidak akan  berakhir setelah mati. Ia mendakwa manusia akan ( Re-Incarnate ), ia itu mati dan lahir semula berulang kali sehingga semua karmanya bersih selesai. Karma tidak semestinya sesuatu yang tidak baik, karma tersebut mungkin sesuatu yang baik. Kalau melakukan banyak kebaikan pun boleh menyebabkan kelahiran untuk menikmati hasil dari kebaikan yang telah dilakukan olehnya..

Kitaran hidup manusia mengikut Agama Buddha

Kelahiran sebagai binatang, Agama Buddha mendakwa perjalanan kehidupan roh bermula dari binatang. Ia mendakwa roh memulakan kehidupannya dari binatang satu akal iaitu cacing, ulat dan sebagainya, diikuti oleh dua akal, diikuti oleh tiga akal dan kitaran itu bersambung sehingga enam akal iaitu manusia.

 

Kelahiran sebagai manusia, Sebuah roh memulakan kehidupannya sebagai manusia selepas menghabiskan semua kehidupannya dari satu akal sehingga lima akal sebagai binatang. Buddha mendakwa ada manusia berperangai sebagai binatang kerana mereka masih menyimpan sami-baki perangai mereka dari kehidupan binatang yang lalu. Selepas kematian roh manusia akan meninggalkan alam dunia dan pergi ke alam roh. Jika roh tersebut terdapat sebarang baki ikatan karma, roh itu akan tinggal di dunia ini sehingga semua karmanya selesai.

 

Alam Roh – Selepas kematian roh akan masuk ke alam roh dan tinggal di sini sementara menunggu kehidupan seterusnya. Jika roh tersebut melakukan banyak amalan baik semasa berada di dunia dan  tidak buat sebarang dosa dan tidak mempunyai sebarang ikatan karma ia akan diberi pilihan sama ada tinggal di alam roh, masuk ke syurga atau lahir kembali di dunia.

 

Jika orang yang mati itu pernah melakukan dosa, rohnya akan dimasukkan ke dalam  neraka sebagai hukuman. Selepas tempoh hukuman selesai roh itu akan dilahirkan kembali ke dunia ini. Setelah lahir ke dunia ini kitaran kehidupan manusia bermula lagi. Agama Buddha mendakwa roh yang membuat dosa yang besar akan dilahirkan ke dunia ini sebagai binatang yang kotor dan busuk.

Goudama Buddha mendakwa di telah hidup lebih 600,00 tahun di dunia ini, dalam beribu kehidupan. Sehingga dia bersih dari semua karma dan mencapai tahap Nirwana.

 

  

Comments

comments

468 ad