Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Dasar Ajaran Agama Sikh

 

Agama Sikh dibawa oleh Guru Nanak  (1469-1539) di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengikut Agama ini percaya kepada Satu Tuhan yang mencipta seluruh alam ini . Tuhannya dipanggil dengan nama waheguru. Selepas Guru nanak meninggal dunia tempatnya diganti oleh sembilan orang guru lain dan berakhir dengan guru Gobind Singh . Ketua agama sikh diberi gelaran Guru . Agama ini diberi nama Sikh yang bermaksud Harimau oleh guru Gobind Singh. Setiap orang lelaki yang bergama Sikh menggunakan gelaran Singh dibelakang nama mereka , Kaum wanita pula menggunakan perkataan kaur dibelakang nama mereka.

Rangkaian Guru berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan “Persaudaraan Khalsa Sikh” dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran “Lima K”.

Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang masa kerana diarahkan pakai oleh mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Singh Ji. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib. Hari itu dinamakan Vasakhi.

Lima K ini termasuklah:

  • kesh (rambut yang tidak dipotong)
  • kanga (sikat)
  • kara (gelang ditangan kanan)
  • kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)
  • kachha (seluar dalam pendek)

Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh.

Kepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan dalam Waheguru – yang digambarkan menggunakan simbol suci ēk ōaṅkār, iaitu Tuhan Universal. Sikhisme menggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan. Agama ini juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa).

Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, yang bukan sahaja menggubal penulisan enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut, tetapi juga mengandungi karya-karya yang ditulis oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth Sahib telah didekri oleh Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang terakhir. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum penceraian India dan Pakistan, jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.

 

Guru-Guru Sikh

  1. Nanak Dev
  2. Angad Dev
  3. Amar Das
  4. Ram Das
  5. Arjan Dev
  6. Har Gobind
  7. Har Rai
  8. Har Krishan
  9. Tegh Bahadur
  10. Gobind Singh
  11. Guru Granth Sahib ( Kitab )

Terima Kasih : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sikh

 

  

Comments

comments

468 ad