Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Dasar Ajaran Agama Hindu

Share/Bookmark

Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut Veda.

 

Ajaran dan kepercayaan Asas Agama Hindu

  1. Tuhan hanya satu.
  2. Asas ( Nyawa) yang ada dalam semua kehidupan termasuk binatang adalah sama.
  3. Tuhan yang menentukan semua yang berlaku di sekitar kita.
  4. Tuhan memerintah dan mengoperasi alam ini melalui dewa-dewi yang ditugaskan.
  5. Tiga dewa diberi keutamaan dalam Agama Hindu  ( Bramma – Pencipta ) (Vishnu- Penjaga ) (Siva – Penghapus )
  6. Manusia yang buat kebaikan akan masuk syurga, manusia yang buat kejahatan akan masuk neraka.
  7. Manusia akan hidup berulang kali sehingga semua karmanya selesai.
  8. Kehidupan yang hidup di dunia ini bermula dari satu akal sehingga enam akal.
  9. Kitab suci agama hindu ada empat yang digelar Veda ( Rig, Atharva, Sama dan Yahjur ).
  10. Orang yang hidup mengikut Veda digelar Vedandi.
  11. Setiap kehidupan sama ada manusia atau binatang, mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.

 

Upacara dan Penyembahan

  1. Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
  2. Kriya  – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan Bertapak
  3. Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
  4. Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia tentang Tuhan dan cara hidup yang betul.

 

Kewajipan dalam Agama Ini

  1. Wanita dan Lelaki harus menutup aurat.
  2. Orang muda wajib menghormati orang tua.
  3. Menderma makanan diutamakan.
  4. Wajib sembahyang dan beribadah kepada Tuhan.

 

Larangan dalam Agama Ini

  1. Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
  2. Dilarang membunuh termasuk binatang.
  3. Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
  4. Dilarang merogol / Cabut Kehormatan wanita.
  5. Dilarang mencuri dan merompak.
  6. Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.
  7. Dilarang memotong pokok.

  

Comments

comments

468 ad