Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Malaikat dan Syaitan

Share/Bookmark

 

Semua orang Islam mengetahui bahawa ,  Allah SWT telah menerangkan dalam Al Quran ,  bahawa syaitan itu musuh nyata manusia.  Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa semasa setiap orang manusia lahir kedunia ini , lahirlah bersamanya seorang malaikat dan seekor syaitan .  Bukan sahaja Agama Islam tetapi kebanyakan Agama didunia ini , mengajar umatnya bahawa syaitan itulah musuh utama yang patut diperangai , dan setiap orang manusia dilindungi oleh malaikat atau dewa.

Saya tak nak masuk lebih mendalam , dibab agama. Masalah yang timbul sekarang ialah siapakah syaitan dan siapakah malaikat , dimana mereka berada.

 

Apabila berkata syaitan kita mesti bayangkan sebuah rupa yang hodoh atau rupa seorang manusia yang botak , berwarna merah atau hitam dan sebagainya . Adakah pernah sesiapa melihat syaitan yang berada didalam badan mereka sendiri ?  Malaikat pula dikatakan berwarna putih , ada kepak dan sebagainya . Adakah sesiapa pernah melihat malaikat yang ada dalam badan mereka sendiri ?

 

Pada pendapat saya  Syaitan bukan berada diluar badan kita , tetapi didalam badan kita .  Hati kita atau ego ( externel mind ) yang selalu berbual dengan kita , mengasut kita inilah syaitan yang dimaksudkan .  Syaitan inilah yang selalu mendorong kita untuk buat dosa , tanpa berfikir akibatnya. Apabila seorang manusia tak dapat mengawal hatinya , syaitan akan mengambil alih kerja mengawal fikiran dan perangainya ( Hacking ). Badan akan ikut perintah syaitan itu .Seseorang yang dapat mengawal hati dan fikirannya , dialah orang yang terlepas dari godaan syaitan.

 

Malaikat yang dikatakan berada didalam badan kita ialah otak tengah kita atau pun hati yang mulia ( Internal Mind ) . Malaikat dikatakan membawa berita dari Allah kepada manusia dan membawa doa dan berita dari manusia kepada Allah. Inilah pekerjaan dan peranan internel mind kita. Internel mind kita berfungsi sebagai seorang guru kepada kita. Ia akan mengajar dan membantu kita semasa kita mengalami tekanan dan kesusahan.

Contohnya ; Jika kita tersangkut dengan sebarang masalah dan apabila kita tidak mengetahui jalan keluar dari masalah tersebut dan risau mencari jalan penyelesaian , tiba-tiba kita akan terdengar sebuah bisikan dihati . Biasanya bisikan itu akan memberi penyelesaian bagi masalah kita.

 

Mungkin Anda pernah dengar orang tua dahulu berkata , kitalah syaitan dan kitalah malaikat atau manusialah dewa dan manusialah hantu. Janganlah menyalahkan syaitan untuk sesuatu kesalahan yang telah kita lakukan . Kitalah yang patut mengawal hati kita. Hati kitalah syaitan dan bukan lain. Hati kitalah malaikat , jangan mencarinya diluar  , dia berada didalam anda .

 

Cubalah untuk mengawal syaitan anda dan untuk mengunakan Malaikat anda dengan cara yang berguna.

 

 

[POPUP=IMG1] 

Comments

comments

468 ad