Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Beberapa cara untuk mengelakkan gangguan makhluk halus

Share/Bookmark

Kita bukan bersendirian di bumi ini. Berjuta-juta jenis spesies yang kita kenal dan tidak kenal mengongsi dunia ini dengan kita. Dalam hidupan harian, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan binatang. Mereka mempengaruhi kehidupan harian kita. Satu lagi spesies yang mempengaruhi kehidupan harian kita ialah makhluk halus. Walaupun kita tidak nampak mereka dan tidak menyedari kehadiran mereka,  mereka tetap hadir dalam kehidupan kita dan membawa pengaruh yang kuat.

 

Makhluk halus tidak semestinya mengganggu dan merosakkan kehidupan kita sebaliknya kadang-kadang mereka akan membantu kita juga. Walau bagaimana pun kehadiran makhluk halus dalam kehidupan, keluarga atau kediaman kita, tetap tidak baik. Saya mengongsi beberapa cara untuk mengelakkan menarik perhatian makhluk halus dan cara  mengelakkan gangguannya.

 

Makanan

  1. Jangan makan makanan yang disembahkan
  2. Jangan makan makanan yang kotor
  3. Jangan makan daging binatang yang mati sendiri
  4. Jangan curi makan buah dari pokok orang
  5. Jangan makan daging berdarah yang mentah
  6. Cuci tangan dengan sabun atau pakai bedak jika makan daging pada waktu malam

 

Tingkah laku & Perangai

  1. Jangan cakap besar, sombong
  2. Jangan marah atau kurang ajar
  3. Jangan buang air di sungai, kolam, bawah pokok atau rumah usang
  4. Jangan minum arak
  5. Jangan hisap dadah, benda yang memabukkan
  6. Jangan duduk bawah pokok yang besar pada waktu malam
  7. Jangan lepak di rumah usang atau bangunan yang tiada penghuni
  8. Jangan tonton wayang hantu persendirian di rumah
  9. Jaga kebersihan diri sendiri
  10. Jaga kebersihan rumah, bilik tidur dan tandas
  11. Jangan letak patung atau gantung gambar di dalam rumah

 

Comments

comments

468 ad