Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Terhidu bau busuk atau wangi tanpa sebab

 

Kadang-kadang kita dapat terasa bau wangi atau busuk tanpa sebarang sebab. Jika kita terhidu bau busuk atau bau wangi tanpa sebab pada waktu malam; ia mungkin sebuah tanda kehadiran makhluk halus. Biasanya orang dapat terhidu bau sebegini semasa jalan perseorangan di tempat yang sunyi atau semasa duduk perseorangan di rumah.

Bau wangi yang biasanya dihidu ialah bau bunga melati, bunga mawar, bunga tanjung, kayu gaharu dan sebagainya. Bau busuk yang biasanya dihidu ialah bau bangkai, bau mayat, bau hangit, bau najis dan sebagainya. Bau-bau ini dikeluarkan oleh makhluk halus yang hadir di berhampiran kita supaya kita memahami dan mengenali kehadiran mereka.

Kadang-kadang kita boleh terasa bau wangi atau busuk yang berkaitan dengan makhluk halus yang hadir atau tempat tinggalnya. Contohnya : bau buah-buahan, bau pokok, bau air kolam, bau rokok, bau makanan dan sebagainya. Bau-bau tersebut adalah salah suatu kaedah yang digunakan oleh makhluk halus untuk berhubung dengan manusia.

Bau-bau ini tidak termaksud untuk mengganggu anda. Tetapi hanya untuk memberi amaran atau kenalan kepada anda bahawa MEREKA Hadir di sisi anda.

Pernahkah Anda terhidu bau tanpa sebab pada waktu malam ? 

Comments

comments

468 ad