Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Belajar buat meditasi dengan Mudah

Share/Bookmark

Sebelum belajar membuat meditasi kita kena mengenali dahulu apa itu Kundalini , Chakra ,  meditasi dan yoga .  Anda boleh baca tentangnya  di link dibawah . Saya sangat mengalugalukan anda membaca dahulu kelima-lima artikal dibawah sebelum belajar membuat meditasi.

  1. http://rahsiaalam.com/2011/04/apa-itu-meditasi/
  2. http://rahsiaalam.com/2011/04/apa-itu-yoga/
  3. http://rahsiaalam.com/2011/06/kundalini-shakti/
  4. http://rahsiaalam.com/2011/07/kundalini-chakra-dan-badan-manusia/
  5. http://rahsiaalam.com/2011/04/persediaan-sebelum-meditasi/

 

Setelah anda membacanya anda mungkin sudah dapat sebuah gambaran dan pahaman tentangnya. Meditasi adalah sebahagian daripada amalan yoga. Meditasi telah diajar dan terdapat didalam semua agama tetapi keadah dan cara meditasi berbeza dalam setiap agama dan ajaran. Zikir , sembayang , berdoa , membaca mantra dan berpuasa  juga sebuah kaedah bermeditasi.

 

Disini saya akan mengajar sebuah cara meditasi yang diguna pakai oleh kebanyakan penduduk dunia. Ini adalah sebuah kaedah meditasi yang sanga-sangat mudah tetapi ia berpotensi tinggi.

 

Sebelum membuat meditasi pastikan badan anda bersedia untuk berkerjasama dengan anda. Baca artikal berikutnya untuk panduan buat persedian sebelum membuat meditasi .  http://rahsiaalam.com/2011/04/persediaan-sebelum-meditasi/

 

Sepanjang masa anda meditasi , Anda tidak perlu dan jangan melakukan sesuatu. Anda tidak perlu membaca atau berzikir sesuatu. Anda hanya perlu duduk bersantai dan menunggu -IA akan datang kepada anda dengan sendiri. Anda tidak perlu mengimbas , menggambarkan , mendengar atau membayangkan sesuatu.

 

Semasa membuat meditasi anda bukan badan , roh , kundalini , aura , chakra dan anda bukan sesuatu yang ujud. Anda tidak ujud…… Anda sudah tiada ………anda akan menjadi maya. Hanya tinggal sebuah kekosongan didiri anda. Mungkin anda tak paham , Ini tidak boleh diterangkan dan tidak boleh diajar . Kita hanya boleh mengalaminya dan merasainya

( Experiencing it and Feel it , Its the real nature of  You . You will know that , You are not what you think you are  ) .

 

Teknik Pernafasan :

  • Sepanjang masa anda meditasi , memperhatikan pernafasan anda .
  • Memperhatikan nafas , bagaimana ia yang masuk kedalam badan dan bagaimana ia keluar dari badan anda.
  • Memperhatikan , kemana mengalirnya nafas itu didalam badan anda.
  • Anda perlu mengikuti nafas itu dan masuk kedalam badan anda , seumpama anda menemani nafas itu. Bermula dari awal nafas itu masuk kedalam badan anda melalui hidung … mengalir kedalam semua anggota anda dan ia  keluar dari badan anda melalui hidung .
  • Jangan bernafas dengan telalu laju atau terlalu perlahan.
  • Pastikan pernafasan stabil dan teratur.
Teknik pernafasan sebelum mula meditasi

Pernafasan sangat-sangat penting dalam meditasi. Semasa melatih pernafasan anda perlu menggunakan jari untuk tutup lubang hidung pada awal latihan . Lama-kelamaan anda boleh bernafas sebelah kiri atau kanan , seperti yang anda kehendaki tanpa menggunakan jari. Semasa tutup lubang hidung , Jangan tutup dari bawah , sekat pernafasan dari tepi hidung dengan hanya menggunakan jari hantu dan ibu jari.

 

1. ) Tarik nafas dari kiri – tahan seketika – lepasnya dari kanan – Tarik nafas dari kanan – tahan seketika – lepasnya dari kiri-  ( Kiraan : Tarik 10 :Tahan 20 : Lepaskan 20 ) Mengulanginya tiga kali.

 

2. ) Tarik nafas dari kiri – tahan seketika – lepasnya dari kiri balik – Tarik nafas dari kanan – tahan seketika – lepasnya dari kanan balik- ( Kiraan :Tarik 10 :Tahan 20 : Lepaskan 20 ) Mengulanginya tiga kali.

3. ) Tarik nafas dari kedua-dua belah lubang- tahan seketika – lepasnya  - Jangan tutup - ( Kiraan :Tarik 10 :Tahan 20 : Lepaskan 20 ) Mengulanginya tiga kali.

 

Selepas melatih bernafas seperti diatas barulah mulakan meditasi. 

 

Kaedah Meditasi 1 ( Paling baik ):

  1. Duduk atas lantai dengan alaskan tikar atau kain. Jangan duduk tanpa alas.
  2. Duduk kaki bersilang
  3. Pejam mata atau buka mata
  4. Pastikan tulang belakang tegak ( Jangan Paksa )
  5. Letakkan kedua belah tangan diatas peha
  6. Cantukan ibu jari dengan jari telunjuk dengan perlahan ( Jangan tekan )
  7. Tarik Nafas dengan perlahan , Lepaskannya dengan Perlahan
  8. Sehingga Pernafasan anda setabil , Kira semasa tarik dan melepaskan nafas  ( Kiraan : Tarik 20 : Lepaskan 20 )
  9. Memperhatikan pernafasan anda , ( Bagimana ia masuk kedalam badan dan kemana ia pergi dan bagaimana ia keluar dari badan )
  10. Buat latihan ini sekurang-kurangnya 5-10 minit , 30 minit sangat baik.

 
Kaedah Meditasi 2 :

  1. Duduk atas kerusi , katil atau lantai.
  2. Pastikan tulang belakang tegak ( Jangan Paksa )
  3. Letakkan tangan kanan dibawa pusat dan letakkan tangan kiri diatasnya
  4. Letakkan tangan dengan perlahan ( Jangan tekan )
  5. Pejam mata atau buka mata
  6. Tarik Nafas dengan perlahan , Lepaskannya dengan Perlahan
  7. Sehingga Pernafasan anda setabil , Kira semasa tarik dan melepaskan nafas  ( Kiraan : Tarik 20 : Lepaskan 20 )
  8. Memperhatikan pernafasan anda , ( Bagimana ia masuk kedalam badan dan kemana ia pergi dan bagaimana ia keluar dari badan )
  9. Buat latihan ini sekurang-kurangnya 5-10 minit , 30 minit sangat baik.

 
Kaedah Meditasi 3 :

  1. Duduk atas kerusi atau katil
  2. Pastikan tulang belakang tegak ( Jangan Paksa )
  3. Letakkan tangan diatas peha
  4. Cantumkan semua jari tangan kanan dan jari tangan kiri , dengan jenis jari yang sama.
  5. Cantumkan Jari dengan perlahan ( Jangan tekan )
  6. Pejam mata atau buka mata
  7. Tarik Nafas dengan perlahan , Lepaskannya dengan Perlahan
  8. Sehingga Pernafasan anda setabil , Kira semasa tarik dan melepaskan nafas  ( Kiraan : Tarik 20 : Lepaskan 20 )
  9. Memperhatikan pernafasan anda , ( Bagimana ia masuk kedalam badan dan kemana ia pergi dan bagaimana ia keluar dari badan )
  10. Buat latihan ini sekurang-kurangnya 5-10 minit , 30 minit sangat baik.

* Rahsia-rahsia meditasi dan teknik teknik yang lain , Kita akan melihatnya dalan posting-posting yang akan datang.

 

[POPUP=IMG1]


 

Comments

comments

468 ad