Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Berhubunglah dengan diri Anda sendiri

 

Manusia suka sangat untuk berhubung dengan satu sama lain. Manusia memang tidak suka dan tidak boleh hidup berseorangan, dia sering cuba untuk  berhubung dengan seseorang atau sesuatu, Kalau tiada siapa untuk dia berkomunikasi, dia mula berhubung dengan telefon bimbit, note book, komputer, permainan elektrik atau sekurang-kurangnya dengan sebuah surat khabar.  Ada juga orang yang cuba berhubung dengan makhluk halus, hantu atau dengan makhluk  dari planet-planet lain.

 

Apabila seorang manusia percaya segala hubungannya dengan dunia luar terputus, dia terasa seolah-olah telah menjadi gila, dia terasa seperti telah dipulaukan dan telah gelap dunianya. Manusia benci hidup atau tinggal berseorangan kerana di takut dengan kesunyian.

 

Manusia suka berkomunikasi dengan segala-galanya  kecuali dirinya sendiri,  manusia  yang cuba berkomunikasi dengan diri sendiri memang jarang dan kurang. Seorang manusia sepatutnya harus berhubung dan mengenali dirinya sendiri dahulu sebelum berkomunikasi dan mengenali sesuatu yang lain di dunia ini termasuk Tuhan.

 

Manusia selalunya berbual dan berkomunikasi dengan manusia, binatang, dewa, malaikat, Tuhan, alam semula jadi, roh, hantu, dan bermacam-macam kecuali dirinya sendiri. Ini kerana dia tidak mengenali dan percaya bahawa dirinya ujud. Dia tidak ingin mengenali dirinya sendiri kerana dia tertipu dengan egonya sendiri dan alam maya ini.

 

Setiap orang manusia harus mengenali dirinya dan harus mengenali tujuan kehidupannya. Apabila kita hidup tanpa mengenali kehidupan ini dan tujuannya, Kehidupannya seumpama seorang yang sesat dalam perjalanan tanpa tempat tujuannya. Dia tidak akan ke mana-mana dan tiada perubahan akan berlaku dalam kehidupan kita.

 

Untuk mengenali diri kita sendiri. Pada mulanya kita harus berbual dan berkomunikasi dengan diri kita sendiri. Kedua kita harus dengar apa yang hati kita cuba cakap kepada kita, apa yang alam ini, dunia ini cuba memberitahu  kepada kita.

 

Apa yang kita tahu tentang diri sendiri hanyalah sampah yang kita kumpul dari pengetahuan dan pendidikan. Ia bukan pengalaman dan ia tidak ujud dalam pengetahuan kita. Kita langsung tiada pengalaman atau pengetahuan tentang diri kita sendiri kecuali apa yang telah didik dan kita belajar dari luar. Kita harus mempelajari tentang diri kita dari dalam dan bukan dari orang lain. Kita yang lebih rapat dan mengenali dengan diri kita.

 

Dengarlah dengan peka setiap bisikan yang kamu dengar dari hati. Cuba anda memahami apa yang hati anda, malaikat anda, Guru anda, Tuhan anda sedang memberi tahu kamu dari dalam diri anda.  Apabila kita mula mendengar setiap bisikan dari dalam barulah kita akan di khabarkan segala-galanya tentang kita dan rahsia alam ini.  Hanya seorang yang cuba berkomunikasi dengan dirinya sendiri dapat berkomunikasi dengan Tuhannya.

 

Apabila seorang menghormati bisikan hatinya dan mendengarnya, dia akan diberi panduan dari dalam, semua soalannya dan semua masalahnya akan terjawab dari dalam. Sebaliknya jika seseorang mengabaikan bisikan hatinya dia akan terputus hubungan dengan alam roh dan Tuhannya. Dia tidak akan dapat sebarang keterangan dan panduan kehidupan. Dia juga akan terputus segala pertolongan dan panduan dari dalam dirinya.

 

Anda bukan siapa yang Anda percaya bahawa diri Anda…. 

Comments

comments

468 ad