Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Haji yang diterima

Share/Bookmark

 

Pada sebuah musim haji, seorang Wali Allah telah pergi ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah Haji. Dia telah menunaikan ibadah Haji dengan sempurna. Semasa membuat persediaan untuk kembali ke kampung halamannya, Wali tersebut terserempak dengan Nabi Khidir As.

Mereka membincangkan soal agama dan rahsia-rahsia alam. Semasa perbualan, Wali itu tanya kepada Nabi Khidir AS, ” tahun ini 50 ribu orang telah menunaikan ibadah haji, berapakah jumlah Haji yang diterima oleh Allah SWT “. Nabi Khidir AS menjawab, “Hanya Haji seorang sahaja yang diterima oleh Allah SWT tahun ini”. Wali Allah terasa sangat hairan apabila terdengar jawapan itu. “Dari 50 ribu orang hanya haji seorang sahaja yang telah diterima Allah, siapakah orangnya ?, tak sabar saya hendak bertemu dengannya”, jawab Wali tersebut.

Nabi Khidir AS  menjawab  “Orang tersebut tidak hadir ke Makkah dan dia tidak pernah menunaikan ibadat Haji”. Jawapan ini menambahkan hairan wali tersebut, Wali itu berkata, “Tuan saya tak sabar hendak bertemu dengannya, Siapakah dia ? di manakah dia berada ?”.  Tanya wali tersebut. Nabi Khidir menjawab “Nama dia Ibrahim, dia adalah seorang tukang besi; Dia tinggal Di sebuah perkampungan pendalaman”. Lalu Nabi Khidir menerangkan identitinya dan cara pergi ke kampung tersebut.

Setelah semua ibadahnya selesai, Wali Allah meninggalkan Tanah Haram dan menuju ke kampung tersebut. Dia mencari serata kampung dan terjumpa dengan rumah tukang besi tersebut. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40han duduk di hadapan rumah tersebut dan sedang membaiki barang-barang besi. Wali tersebut tanya kepada tukang besi tersebut, “Assalamu alaikum, boleh saya berjumpa dengan Tuan Ibrahim ?”. Tukang besi itu menjawab, “Waalaikumussalam, sayalah Ibrahim”.

Lalu Wali Allah tersebut memeluknya dan menciumnya berkali-kali. Ibrahim bingung kerana tidak faham apa yang sedang berlaku di situ. Wali Allah mula menerangkan peristiwa yang berlaku di Makkah kepadanya. Apabila mendengarnya dia mengucap terima kasih kepada Allah. Wali tanya kepadanya “Apa yang anda lakukan? sehingga Allah menerima haji anda, tanpa pergi ke Makkah ?.

Tukang besi mulakan ceritanya: Saya seorang tukang besi yang miskin. Oleh kerana terlalu ingin untuk menunaikan ibadah Haji, saya sering berdoa kepada Allah dan menabung hasil saya sedikit demi sedikit dari zaman muda lagi. Tahun ini jumlah simpanan saya cukup untuk saya menunaikan ibadat Haji. Jadi saya membuat persiapan untuk pergi ke Makkah.

Pada suatu hari isteri saya yang mengandung tertarik dengan bau masakan daging yang datang dari rumah jiran saya. Dia suruh saya minta sedikit daging dari rumah jiran untuk dimakannya.  Lalu saya pun pergi ke rumah jiran dan minta sedikit dari pada masakannya untuk dimakan Isteri saya yang sedang mengandung.

Jiran saya mula menangis dan menerangkan nasib malang mereka kepada saya.

“Maafkan saya Tuan !  Daging yang kami masak ini, ialah hasil daging dari seekor keldai yang mati dengan sendiri, Oleh kerana kami terlalu miskin sehingga tidak dapat membeli makanan, Saya masak daging keldai yang mati itu untuk anak-anak saya yang masih kecil lagi. Saya tidak dapat memberikan daging itu kepada anda kerana Ia Haram bagi anda. Maafkan saya”. Apabila dengar nasib malang mereka saya membatalkan hasrat saya untuk tidak pergi ke Makkah dan saya memberikan hasil simpanan saya kepada mereka.

Apabila mendengar penerangannya, Wali Allah memuji hatinya yang mulia dan berdoa kepada Allah supaya menunaikan Hasratnya untuk pergi ke Haji dan memberikannya Syurga yang tertinggi.

“Dalam Islam membantu sesama manusia, lebih penting daripada beribadah kepada  Allah SWT”.

 Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;   (An-Nisaa: 36)

Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Al-Israa: 26)

 Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqara: 268) 

Comments

comments

468 ad