Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Kenapa saya tidak setuju dengan kegunaan nama Allah dalam Bible

Share/Bookmark

quran-bible

 

Isu kegunaan Kalimah Allah dalam “Bible” telah menjadi sebuah isu yang sangat hangat dibincangkan kian lama. Kita boleh terlihat di surat khabar, televisyen dan Internet bahawa masing-masing membincangkan hal ini, yang pelik sekali orang bukan Islam pun turut masuk campur dalam hal ini sedangkan mereka tidak kena mengena dengan agama Islam.

 

Bolehkah kegunaan nama Allah di dalam “Bible” dibenarkan.

Ada pihak berpendapat boleh sebab Allah, Tuhan bagi sekalian makhluk dan bukan untuk umat Islam sahaja. Ada pihak berpendapat tidak boleh dibenarkan kerana Allah hanyalah Tuhan bagi orang Islam yang beriman.

 

Kalimah Syahadah “Lailaha Illah” membawa maksud “tiada Tuhan selain Allah” dan bukan Tiada Allah selain Allah atau tiada Tuhan selain Tuhan. Ia dengan jelasnya menerangkan bahawa gelaran Allah dan Tuhan membawa dua maksud yang berbeza. Perkataan Allah boleh ditafsirkan sebagai Tuhan tetapi perkataan Tuhan tidak boleh ditafsirkan sebagai Allah.

Contohnya: Nama saya Raja Mohamed, Raja Mohamed boleh di gelar sebagai manusia tetapi  manusia lain tidak boleh digelar sebagai Raja Mohamed, sebab itu Nama saya, ia hanya untuk mengenali saya.

 

Maksud perkataan Allah dan Tuhan

Perkataan Tuhan ialah perkataan umum, ia boleh digunakan di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja, contohnya seekor lembu, sebatang pokok, laut, matahari dan apa sahaja boleh di gelar sebagai Tuhan. Tiada siapa yang akan membantahnya tetapi perkataan Allah ialah perkataan Nama khas, Nama Allah hanya boleh di gunakan untuk mengelar Tuhan umat Islam atau Kuasa yang mencipta sekalian makhluk .

 

Apabila seorang Muslim atau bukan Muslim mengucap atau mendengar nama Allah dia tidak akan bayangkan atau maksudkan sesuatu sebagai Allah, mala ucapan Allah tersebut hanya akan di maksudkan kepada Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam.

 

Apabila seorang bukan Islam berkata Tuhan, dia akan bayangkan sesuatu rupa bentuk atau benda yang berkaitan dengan sesuatu yang di percayai olehnya sebagai Tuhan. Orang Islam yang mendengarnya pun akan membayangkan sesuatu bentuk yang di percayai oleh orang bukan Islam sebagai Tuhan.

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu  (Al-A’raaf: 180) 

 

Kalau kegunaan Kalimah Allah di benarkan

Jikalau kegunaan kalimah Allah di dalam Bible dibenarkan:

1. Maksud perkataan Allah akan berubah dari Tuhan yang satu kepada, Tuhan yang tiga (Trinity)

2. Patung Allah akan di cipta

3. Ukiran dan lukisan Allah akan di cipta.

4. Apabila seorang ucap Allah kita perlu minta penerangan darinya, Allah yang mana satu?

5. Pengikut agama lain pun akan minta kebenaran untuk kegunaan kalimah Allah dalam kitab dan kepercayaan mereka.

6. Orang Islam tidak dapat membezakan agama Islam dengan agama Kristian.

7. Generasi yang akan datang akan menganggap dan percaya bahawa Allah yang dimaksudkan dalam Bible dan Al Quran adalah sama.

8. Generasi akan datang akan percaya bahawa agama Islam dan Kristian adalah sama.

9. Generasi yang akan datang akan percaya bahawa Al Quran dan Bible adalah sama.

 

Gelaran Tuhan (Allah) bagi pengikut agama Kristian Ialah Jehovah

Di dalam Kitab Injil yang asal “Bible” Allah mengarahkan pengikut agama Kristian, supaya mengelarnya dengan nama JEHOVAH (יהוה – Bahasa Hebrew), nama ini tertera 7000 kali dalam Kitab Injil yang asli. Nama Jehovah telah di ubah dengan “GOD” oleh pihak gereja dengan sengaja. Takkan mereka tak faham ajaran kitab mereka sendiri ataupun adakah mereka melanggar ajarannya dengan sengaja? sebab apa ?.

 

Jika berlaku sebarang perubahan dan kesalahan dalam pentafsiran Al Quran ke bahasa lain, setiap umat Islam boleh mengecamnya dengan mudah, Kerana Kitab asal Al Quran masih dalam kegunaan. Kasihannya! Umat Kristian pada masa kini tidak dapat membandingkan kandungan Bible yang mereka gunakan sekarang sama dan suci, seperti yang diberikan oleh Yesus (Nabi Isa As) atau tidak; kerana Kitab Asalnya yang dalam bahasa Hebrew tidak terdapat dalam kegunaan. Bible bahasa Hebrew yang berada sekarang ialah Bible yang telah ditafsirkan dari bahasa Inggeris kepada bahasa hebrew dan bukan Kitab bahasa hebrew yang asli.

 

Beberapa bukti dari Bible : Gelaran Allah SWT dalam Bible adalah Jehovah

For “everyone who calls on the name of Jehovah will be saved.”Bible: Romans:13.

“I am (YHWH) Jehovah, that is my name…” Isaiah 42:8 ASV

“Give thanks unto Jehovah, call upon his name…” 1 Chron. 16:8 ASV

“Give thanks unto Jehovah, call upon his name…make mention that his name is exalted.” Is. 12:4 ASV.

“…That they may all call upon the name of Jehovah, to serve him with one consent.” Zeph. 3:9 ASV

 

Tujuan pihak gereja menggunakan kalimah Allah

Apabila kitab Bible sendiri mengarahkan pengikutnya supaya mengelar Tuhannya dengan nama JEHOVAH  (יהוה - Bahasa Hebrew)  kenapa pula mereka ingin menggunakan nama Allah?. Kenapa mereka Tidak ingin mengikut kitabnya? Apakah motif mereka? Apakah tujuan mereka menggunakan nama Allah dalam Bible?.

 

Motif, tujuan dan agenda utama pihak gereja, Hanya satu iaitu merosakkan Iman umat Islam dan menarik orang-orang Islam ke dalam agama Kristian. Inilah agenda penting yang berlaku di sekitar dunia. Projek ini berlaku secara besar-besar di Singapura, Malaysia, Indonesia dan India.

 

Saya membantah sekeras-kerasnya kegunaan nama Allah dalam Bible kerana:

Pihak gereja hanya ingin menggunakan nama Allah untuk menjajakan agama Kristian dan bukan untuk sebarang tujuan yang mulia. Mereka hanya ingin menggunakan kalimah Allah supaya umat Islam keliru dan tertarik dengan kitab Bible dan agama Kristian.

 

Jesus (Nabi Isa AS) dan Islam

Kami orang Islam percaya dan beriman kepada Yesus (Nabi Isa AS) Percaya, Al Kitab (Bible), Tetapi bukan seperti yang orang Kristian sekarang percaya atau bukan seperti yang diajar oleh pihak Gereja. Kami orang Islam Hanya percaya seperti mana Al Quran (Allah SWT) mengajar kepada kami dan seperti mana Nabi Muhamad SAW mengajar kami.

 

Adakah Bible diturunkan oleh Allah SWT?

Apabila seorang Muslim tanpa pengetahuan Agama,  membaca Bible dia pasti akan mengaku bahawa Bible diturunkan oleh Allah kerana namaNya tertera di dalamnya. Adakah Bible diturunkan oleh Allah? Tidak! Allah tidak menurunkan Bible yang penganut Agama Kristian menggunakan sekarang. Bible yang diturunkan sekarang ditulis oleh Manusia dengan menggunakan saki baki Kitab Suci yang diturunkan kepada  Nabi Isa AS (Yesus) dengan menambahkan pendapat dan fahaman mereka sendiri.

 

Kitab Asal yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, tidak terdapat untuk kegunaan pengikut agama Kristian, Kitab Asalnya mungkin ujud tetapi kita tidak tahu di mana Kitab Asal tersebut, Kalau kitab Asal yang diturunkan dalam Bahasa Hebrew masih ada dalam kegunaan, semua pengikut agama Kristian pasti akan memeluk Agama Islam kerana Islam ialah, Fasa kedua atau pun pendidikan tinggi bagi umat manusia yang diberi Kitab.

 

Amaran Allah tentang Ahli Kitab yang palsu.

Allah memberi amaran kepada kita bahawa Kitab telah ditulis oleh manusia, Makna dan  erti asalnya telah diubah dan diputar belit. Allah mengumumkan dalam Al Quran bahawa Kitab yang digunakan sekarang bukanlah Kitab yang diturunkan oleh Allah SWT.

 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Baqara:  13)

 

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat (Old testament) dengan tangan mereka (lalu mengubah Bible dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Al-Baqara: 79)

 

Soalan saya kepada pihak gereja ialah:

1. Kenapa kamu tidak menggunakan nama Jehovah dalam Bible?.

2. Kenapa kamu ingin mengubah nama Jehovah kepada Allah ?.

3.  Apakah tujuan kamu ?.

  

Comments

comments

468 ad