Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Rahsia – Kehidupan Siddhartha Gautama Buddha

buddha

Siddhartha  Gautama Buddha, Anak seorang Raja dari Nepal (Ada orang yang percaya bahawa India), menjadi cahaya penglihatan bagi orang-orang buta zaman itu. Beliau dilahirkan dalam keluarga Hindu dan tertarik dengan Agama Buddha, Sebenarnya Agama Buddha sudah ujud sebelum Siddhartha Gautama Buddha lahir. Beliau hanya memperbaiki, menyusun semula, menyebarkan ajaran agama Buddha.  Beliau keluar dari Agama Hindu dan menganut ajaran Agama Buddha kerana beliau tidak sepadan dengan pemujaan dan sembah berhala atau tokong yang penganut agam Hindu lakukan dan tidak setuju dengan sistem kasta agama Hindu.

Yang paling menyakitkan hati saya ialah! Sekarang  Siddhartha Gautama Buddha pula disembah berhala dan atau dipuja oleh Penganut Agama Buddha. Mereka sudah melupakan ajaran sebenar Gautama Buddha dan membuat sesuka hati mereka.

Soalan-soalan yang sering dipanahkan terhadap kehidupan  Siddhartha Gautama Buddha ialah :

1.) Kenapa Siddhartha meninggalkan Kerajaannya, sedangkan beliau masih boleh menjadi seorang Buddha yang baik, sambil hidup di istana dan memerintah negaranya.

Setiap orang yang lahir ke dunia ini ada peranannya tersendiri di dunia ini. Apabila seorang Guru lahir ke dunia ini; Beliau pasti akan dilahirkan di sebuah keluarga pembesar dan di sebuah keluarga yang dihormati orang ramai. Ibu bapanya mestilah seorang yang suci dan benar. Ini Hukum alam. Sebab itu   Siddhartha Gautama Buddha dilahirkan di keluarga Raja tetapi beliau bukan Raja, sebaliknya Beliau Maharaja.

Kita orang biasa mungkin tidak tahu motif kelahiran kita, tetapi seorang Guru pasti kenal dan faham motif  kelahirannya dari kecil lagi. Sebab itu beliau tidak berminat dengan pemerintahan, kerajaan dan kemewahan. Siddhartha Gautama Buddha lahir ke dunia ini untuk membawa manusia ke jalan kebenaran dan mengajar mereka rahsia kehidupan dan bukan untuk menjajah mereka.

 2.) Kenapa beliau meninggalkan Isteri dan Anaknya yang masih kecil?.  Tidakkah Beliau berdosa apabila meninggalkan, Isteri dan Anak?.

Setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada sebab dan karmanya tersendiri. Seseorang hidup sebagai suami isteri, ibu bapa dan anak, ahli keluarga hanya kerana ikatan karmanya. Kenapa pula karmanya sebegitu?. Kerana Beliau sebagai seorang Guru perlu menjadi contoh yang baik dan benar.

Beliau meninggalkan segala-galanya Istananya, kerajaannya, kemewahannya, keindahannya, isterinya, anaknya dan semuanya hanya untuk mencari kebenaran kehidupan. Hanya kerana ingin mengenal dengan Dirinya dan dengan Tuhannya.

Beliau ditakdirkan lahir di keluarga Raja, berkahwin dan beranak, supaya orang lain dapat menerima ajarannya. Ajarannya yang terpenting ialah Meninggalkan keindahan dunia. Meninggalkan Ego. Meninggalkan perasaan tamak. Apabila beliau hendak mengajar orang sebegitu beliau perlu menjadi contoh yang pertama. Sebab itulah beliau berkahwin dan beranak dan bukan kerana tujuan lain.

Katakanlah beliau seorang miskin dari keluarga yang biasa, tiada isteri dan anak. Adakah ajarannya akan diterima?. Adakah orang akan percaya kepadanya?.  Sudah tentu tidak! Apabila beliau berkata Meninggalkan keindahan dunia. Meninggalkan Ego. Meninggalkan perasaan tamak. Orang mesti menjawab Awak miskin, Awak tiada keluarga, awak tiada anak bini sebab itulah kamu mengajar seperti itu kepada kami. Mana mungkin orang menerima ajarannya kalau kehidupannya sebegini?.

 

Ajaran penting Siddhartha Gautama Buddha ialah :
Dunia ini bukan tempat kita yang sebenar. Manusia lahir dan terseksa di dunia ini kerana perasaan tamaknya. Egonya menyebabkan manusia dilahirkan kembali, Apabila seseorang mengenali dirinya sendiri, dia akan bebas dari ikatan karma dan kitaran kehidupan.

Meninggalkan keindahan dunia. Meninggalkan Ego. Meninggalkan perasaan tamak. Lalu Kamu akan bebas dari kitaran kehidupan dunia….. 

Comments

comments

468 ad