Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Siapakah Tuhan dalam Agama Hindu ?

Share/Bookmark

 

Kalau kita tanya seorang penganut agama Hindu yang sebenar; Berapakah Tuhan kamu ? Secara spontan, Dia akan menjawab satu. Kalau kita tanya lagi siapakah Tuhan Kamu ?. Sekarang dia akan terasa keliru sedikit untuk menjawab, mungkin sebab dia tidak pernah fikirkannya atau pun mungkin kerana dia telah diajar yang bukan-bukan oleh ketua agamanya.

 

Ajaran Agama Hindu yang sebenar ialah, Tuhan hanya satu dan manusia tidak boleh menduakannya dan tidak boleh menyembah berhala. Asas ajaran  kitab-kitab suci (Veda) Agama Hindu ialah (Ondre Kulam Oruvane Dhevan) yang bererti semua manusia adalah kaum yang sama dan Tuhan hanyalah satu. (Vasudeva Kudumbaka) semua manusia adalah dari sebuah keluarga yang sama ataupun semua manusia adalah dari asal Tuhan yang sama.

 

Pada zaman dahulu masyarakat India, Khasnya masyarakat India Selatan telah sangat maju dalam bidang perubatan, bidang astrologi, bidang matematik, bidang kajian ruang angkasa, Yoga, Ilmu batin dan sebagainya. Kalau berbanding dengan kaum lain  di dunia mereka lebih maju 1500 tahun ke hadapan. Sebuah kaum yang sebegitu maju dan berilmu tinggi; kalau dikatakan sembah berhala, Ia tak mungkin boleh berlaku.

 

Dari mana asalnya sembahan berhala dalam Agama Hindu

Sembahan berhala yang Kaum Hindu buat sekarang dan kepercayaan-kepercayaan mereka sekarang telah diajar oleh Kaum Aryan. Kaum Aryan adalah sebuah kaum Yahudi yang berasal dari Germany dan Iran yang telah pergi ke India sebagai pelarian. Kaum Aryan yang berkulit cerah dan tinggi bentuk badannya jika berbanding dengan penduduk asal India berkulit gelap dan ketinggian rendah.

 

Setelah Kaum Aryan sampai di India; mereka telah dihormati dan di terima oleh penduduk asal India. Kaum Aryan telah menyalah gunakan penghormatan itu dan menakluki mereka. Kaum Aryan  berjaya masuk ke dalam Istana dan mengawal Raja dan pemerintahannya dengan menghadiahkan wanita-wanita muda yang jelita kepada Raja-raja yang memerintah India pada zaman itu.

 

Kaum Aryan yang datang ke India untuk menyelamatkan diri dan mencari makanan telah menakluki penduduk asal India secara perlahan-lahan dan menjadikan penduduk asalnya sebagai hamba mereka. Secara diam-diam kaum Aryan telah menyebarkan ajaran Tuhan palsu mereka kepada Raja dan penduduk India. Kitab-kitab suci (Veda) agama Hindu telah dirampas dan disorok dari pandangan kaum hindu supaya mereka tidak kenal dan faham ajaran agama sebenar mereka.

 

Sehingga hari ini hanya keturunan Aryan yang dibenarkan untuk mempelajari dan mengkaji kitab suci mereka (Veda). Semua kaum Hindu yang lain tidak dibenarkan membaca; walaupun mendengar kitab suci (Veda) Hindu dengan nama Kasta. Ajaran agama yang mereka berikan kepada penduduk India zaman itu telah di bawah berturun temurun sehingga sekarang.

 

Beberapa ayat dari Upanishad (Kitab Suci) agama Hindu

“Ekam evadvitiyam”
“DIA hanya satu tanpa yang kedua.”
 [Chandogya Upanishad 6:2:1]1

 

“Na casya kascij janita na cadhipah.”
” Hanya Dia tanpa ibu bapa dan Tuan.”
 [Svetasvatara Upanishad 6:9]2

 

“Na tasya pratima asti”
“Tiada yang sama denganNya.”
[Svetasvatara Upanishad 4:19]3

 

Dalam ayat berikut Upanishad melarang manusia dari sembah Tuhan dalam sesuatu Rupa &  bentuk :

“Na samdrse tisthati rupam asya, na caksusa pasyati kas canainam.”
“RupaNya tidak dapat dilihat; Tiada siapa yang pernah melihatNya dengan Mata.”
Svetasvatara Upanishad 4:20]4

 

 

Kepada Saudara Saudari yang beragama Hindu !

Tolong ! cari dan membaca Kitab-kitab suci Agama Anda dan mengenali ajaran agama anda yang sebenar dan Tuhan anda yang sebenar. Ajarlah kaum anda dan bawalah mereka ke jalan yang benar. Tuhan hanya satu…

 


 

Comments

comments

468 ad