Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Kaedah Makanan Dalam Agama Buddha

Share/Bookmark

Tindak balas makanan kepada manusia

Kesucian bahan yang dimakan sangat-sangat penting bagi setiap orang manusia. Makanan yang di makan oleh seorang manusia akan menjadi badannya dan menentukan cara fikiran, kefahaman, perangai, tingkah laku dan sebagainya. Dalam agama Buddha hanya bahan-bahan yang sebenar-benar suci, bersih, dan berkhasiat dibenarkan untuk dimakan yang lain semuanya dilarang. Kesucian makanan dijaga supaya manusia dapat badan, aura dan energi yang suci dan bersih.

Kaedah makanan sangat-sangat diutamakan dalam agama Buddha supaya seseorang manusia itu tidak dilahirkan kembali untuk memuaskan nafsu makanannya. Kaedah makanan yang suci dan bersih juga sangat penting untuk mengawal minda, fikiran, nafsu dan untuk maju dalam rohani. Agama Buddha hanya menasihatkan pengikutnya untuk makan untuk hidup dan bukan untuk memuaskan nafsunya.

Larangan makan daging binatang

Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

 

Larangan makan sebahagian tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.

Makanan yang disyorkan

Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.

 

  

Comments

comments

468 ad