Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Erti mimpi dikejar anjing, ular, buaya

 

 

Jika anda mimpi dikejar binatang-binatang buas dan beracun seperti anjing, buaya, ular dan sebagainya; Ia melambangkan atau membawa erti bahawa anda sedang berada dalam sebuah situasi yang berbahaya. Jika binatang buas yang mengejar anda berwarna asalnya yang sebenar atau berwarna-warni ia melambangkan masalah yang mengelilingi anda adalah dari sesama manusia atau anda akan diserang penyakit.

 

Jika anda mimpi binatang buas atau beracun yang berwarna hitam; ia membawa erti anda sedang diekori sesebuah makhluk halus yang jahat. Jika binatang tersebut cuba menggigit anda, ia bererti makhluk tersebut dengki terhadap anda atau makhluk tersebut akan cuba mengganggu anda.

 

Jika anda bermimpi binatang buas atau beracun yang berwarna putih mengejar anda; ia membawa erti anda sedang diekori roh manusia yang telah meninggal dunia.

 

Jika anda berjaya melepaskan diri dari binatang tersebut atau jika anda berjaya membunuh binatang tersebut anda tidak perlu risau lagi. Mimpi ini membawa maksud anda telah berjaya melepaskan diri dari sebuah masalah yang besar.

 

Jika anda telah digigit oleh binatang tersebut anda boleh berasa tenang dan gembira kerana mimpi ini membawa maksud anda telah berjaya melepaskan diri dari masalah tersebut atau masalah tersebut telah berlalu.

 

Jika mimpi yang anda lihat adalah sebuah berita yang penting bagi anda atau mimpi itu adalah untuk memberi amaran, anda tidak akan melupakannya setelah bangun pagi. Jika anda terlupa, ia bererti mimpi itu tidak penting anda tidak perlu risau tentangnya.

 

 

  

Comments

comments

468 ad