Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Latihan Pernafasan 1: Untuk menenangkan Minda

meditasi

 

 

Kaedah dan teknik latihan pernafasan yang mudah. Latihan ini boleh dibuat semasa bersantai, berehat, memandu, selepas sembahyang, sebelum berzikir,  sebelum meditasi dan sebagainya. Latihan pernafasan ini juga boleh dikatakan sejenis meditasi.

Sangat berfaedah jika latihan ini dibuat sebelum memulakan meditasi dan sebelum berzikir.

 

Sebelum memulakan latihan

  1. Duduk bersila di atas kain yang tebal atau tikar
  2. Pastikan tulang belakang, leher dan kepala tegak
  3. Letakkan tangan di atas paha secara tapak tangan memandang ke atas atau cantumkan jari kedua-dua belah tangan dengan jenisnya  yang sama.
  4. Tarik dan lepas nafas sebanyak 3 kali dengan kelajuan sederhana

 

Latihan Pernafasan

  1. Kosongkan semua nafas secara perlahan-lahan
  2. Tahan nafas – Jangan tarik atau lepas nafas selama 15 saat
  3. Tarik nafas secara perlahan selama 15 saat
  4. Tahan nafas selama 15 saat
  5. Lepaskan nafas secara perlahan selama 15 saat
  6. Lengkapkan 60 saat untuk setiap pusingan
  7. Memperhatikan nafas yang masuk dan keluar

 

 

Panduan

  1. Ulangi latihan pernafasan sebanyak 3 kali pada permulaan
  2. Lama kelamaan boleh mengulangi perpuluhan kali- Lagi banyak lagi bagus
  3. Sebaik-baiknya lakukan latihan ini di tempat yang sama
  4. Setelah anda melatih untuk tempoh masa yang lama, tempoh masa pusingan pernafasan boleh dilanjutkan secara perlahan-lahan tetapi jangan paksa. Contohnya: Dari 15 saat ke 30 saat, 30 saat ke 45 saat, 45 saat ke 60 saat.
  5. Sebaik baiknya jangan fikirkan sesuatu semasa latihan dan kosongkan fikiran.

  

Comments

comments

468 ad