Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Teknik Pernafasan 2: Latihan untuk tarik kekayaan

meditasi

 

Kaedah dan teknik latihan pernafasan yang mudah untuk menarik kekayaan dalam kehidupan kita. Latihan ini tidak bermaksud untuk menarik kekayaan dari alam ghaib atau menarik kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan makhluk halus.

Latihan ini hanya membantu kita untuk mengubah “Mind set”  dan “Internal Mind” supaya memudahkan rezeki kita dengan bantuan kuasa dalaman kita dan kuasa alam semula jadi.

Sebaik-baiknya latihan ini dibuat di dalam rumah kita sendiri. Jangan buat latihan ini di rumah orang atau kawasan luar rumah atau di tempat yang kotor.

 

Sebelum memulakan latihan

  1. Duduk bersila di atas kain yang tebal atau tikar
  2. Pastikan tulang belakang, leher dan kepala tegak
  3. Pejam mata / Buka mata
  4. Letakkan tangan di atas paha secara tapak tangan memandang ke atas atau cantumkan semua jari dari kedua belah tangan dengan jenisnya yang sama.
  5. Memperhatikan nafas yang masuk dan keluar
  6. Tarik dan lepas nafas sebanyak 3 kali dengan kelajuan sederhana
  7. Tarik dan lepas nafas sebanyak 3 kali dengan perlahan-lahan

 

Latihan Pernafasan

  1. Bernafas dengan perlahan dengan kelajuan yang sama
  2. Memperhatikan nafas yang keluar dan masuk
  3. Melihat hujung hidung tanpa membuka mata dengan menggunakan bayangan
  4. Memerhatikan nafas yang masuk dan keluar
  5. Bayangkan nafas yang anda sedut itu berwarna keemasan
  6. Bayangkan nafas itu bersinar
  7. Bayangkan nafas itu mengeluarkan cahaya yang berwarna keemasan
  8. Bayangkan seluruh nafas anda telah bertukar menjadi warna emas yang bersinar
  9. Bayangkan nafas yang bersinar emas itu masuk melalui hidung dan bergerak ke pusat anda dan keluar melalui hidung.
  10. Bernafas secara perlahan selama 5 minit
  11. Bayangkan nafas emas itu bergerak ke seluruh badan anda. Dari tapak kaki ke hujung rambut.
  12. Bayangkan seluruh badan anda telah bertukar menjadi warna emas yang bersinar
  13. Sekarang anda telah menjadi sebuah patung emas yang bersinar.
  14. Duduk atau meditasi dalam keadaan ini selama 5 minit atau lebih.
  15. Latihan ini boleh dilanjutkan dengan membayangkan rumah, kenderaan, barang atau ahli keluarga anda menjadi longgok emas atau patung emas.

 

Panduan

  1. Sebaik baiknya jangan fikirkan sesuatu semasa latihan dan kosongkan fikiran.
  2. Lihat gambar emas atau ingat dan bayangkan emas yang bersinar sebelum memulakan meditasi .
  3. Sebaik baiknya melatih untuk mengingati warna emas yang bersinar terlebih dahulu.

 

  

Comments

comments

468 ad