Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Kaedah mandi Bunga

 

Mandi bunga – Sebuah ritual untuk membersihkan aura dan membuang sial yang sangat terkenal di kalangan orang Asia. Upacara ini dipercayai ujud beribu tahun dahulu dan dibawa oleh pengikut agama Buddha dari India ke seluruh dunia.

 

Bahan yang diperlukan

  1. Sembilan atau tujuh jenis bunga yang tidak berduri.
  2. Kalau boleh tambahkan bunga cempaka dan bunga “Jasmine”.
  3. Pastikan warna bunga itu bukan hitam.
  4. Kalau boleh cari bunga dalam pelbagai warna.
  5. Pastikan bunga tersebut segar dan baru, kalau boleh cari bunga yang menghasilkan bau wangi.
  6. Sebotol air mawar (Ros water).
  7. Dua biji limau purut (sepasang), Jantan 1 , Betina 1

 

Kaedah Persediaan

  1. Pastikan jumlah jenis bunga yang anda campur dalam angka ganjil, 7 atau 9.
  2. Buangkan daun dan dahan dari bunga-bunga tadi.
  3. Rendamkan bunga-bunga tersebut dengan air di dalam sebuah baldi.
  4. Di campur dengan air mawar.
  5. Belah limau purut tersebut dan rendam sekali.
  6. Biarkan bahan-bahan tersebut rendam semalaman.

 

Sebelum mandi bunga

  1. Perahkan limau yang direndam semalam ke dalam air.
  2. Campurkan air yang secukupnya untuk mandi bunga.
  3. Sebaik-baiknya anda mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Supaya anda tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
  4. Pastikan anda ingat niat dan sebab anda mandi bunga.
  5. Bagi orang Islam baca doa atau ayat suci Al-Quran sebelum mula.

 

Kaedah mandi

  1. Kalau boleh mandi bunga pada waktu pagi, semasa bumi masih sejuk lagi.
  2. Semasa mula mandi ingat tujuan anda dan berdoa terlebih dahulu.
  3. Minta bantuan Tuhan, untuk selesaikan masalah anda.
  4. Semasa mula mandi bunga siram air di sebelah kiri badan dahulu sebanyak 3 kali.
  5. Di ikuti bahagian kanan 3 kali
  6. Dan seterusnya siram di kepala 3 kali dan di seluruh badan sehingga semua air itu habis.
  7. Bagi orang Islam, Baca selawat di atas Nabi Muhammad SAW, Sehingga selesai mandi.
  8. Selepas selesai mandi biarkan seketika, supaya hasil tadi dapat diserap ke dalam badan kita.

 

Nota penting

  1. Sebaik-baiknya mandi bunga pada malam Jumaat atau malam Khamis; ataupun  pada awal pagi, hari Jumaat atau Khamis.
  2. Garam bukit boleh digunakan jika perlu.
  3. Minyak wangi “Attar” boleh di campur sekali jika ada.
  4. Boleh rendamkan ayat suci Al-Quran yang ditulis dengan tangan dan keluarkannya sebelum mandi.
  5. Jangan gunakan bunga kertas, bunga yang beracun dan bunga yang biasa tumbuh di tanah kubur.
  6. Bunga tidak perlu digunakan dengan jumlah yang banyak.

Bunga cempaka 

Comments

comments

468 ad