Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Maksud mimpi berkahwin, perkahwinan atau nikah

 

Melihat perkahwinan dalam mimpi adalah sebuah tanda yang tidak baik bagi kita. Walaupun perkahwinan adalah sebuah peristiwa yang amat indah bagi seorang manusia, dari segi mimpi pula terbalik hakikatnya. Perkahwinanlah mimpi yang paling buruk boleh seorang manusia melihat.

 

Jika melihat seseorang sedang berkahwin, mimpi ini membawa maksud orang tersebut akan mengalami kemalangan, akan diserang penyakit yang serius atau lebih teruk lagi akan meninggal dunia tidak lama lagi.

 

Jika melihat seseorang itu sedang berkahwin dan perkahwinannya selesai, mimpi ini membawa maksud orang yang telah berkahwin dalam mimpi tersebut akan meninggal dunia tidak lama lagi.

 

Jika melihat seseorang itu sedang bertunang atau hanya melakukan persediaan untuk berkahwin, mimpi ini membawa maksud orang yang dilihat tadi akan mengalami kemalangan, akan diserang penyakit yang serius atau lebih teruk lagi akan meninggal dunia tidak lama lagi.

 

Jika melihat seseorang sedang berada dalam rombongan Mapelai, sambut perkahwinan, sedang bersanding dan sesuatu yang berkaitan dengan perkahwinan. Semuanya sama ertinya, Sudah dekat dengan penyakit dan kematian.

 

Saya minta maaf untuk menulis sebegini tetapi inilah hakikatnya.
 

Comments

comments

468 ad