Pages Navigation Menu

.... sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. (Al-Baqara: 255)

Makam Wali Allah

Share/Bookmark

Makam Sultan Arifin, Pulau Besar, Melaka

 

Pengenalan kepada Makam Wali

Kebanyakan orang percaya bahawa makam Wali ialah tempat di mana badan Wali Allah di taman setelah mereka mangkat ataupun untuk memudakan pemahaman, kubur. Kepercayaan ini mungkin wujud kerana, apa yang kita kenal tentang makam adalah tanah kubur dan tempat mayat di taman.

Jika kita mengali makam-makan Wali yang terdapat di seluruh dunia hampir lima puluh peratus daripadanya akan kosong tanpa sebarang rangka atau tulang manusia. Ini kerana makam Wali bukanlah sebuah liang kubur di mana badan Wali Allah tersebut ditanam, sebaliknya ia merupakan sebuah tugu peringatan yang dibina dalam bentuk kubur. Makam-makam Wali hanya dibina sebagai tugu peringatan untuk mengenangkan jasa baik mereka kepada umat manusia dan sebagai sebuah tempat khas untuk bertemu dengan mereka.

Makam Wali dibina dalam bentuk kubur oleh sebab mereka telah meninggal dunia dan takut makam itu di jadikan tempat beribadat dan manusia akan mempersekutukan mereka dengan Allah. Tugu-tugu peringatan yang dibina dalam bentuk bangunan telah dijadikan tempat beribadah dalam kebanyakan agama lain, sebab itu ia dilarang dalam agama Islam.

 

Kita mencapai Islam oleh kerana Wali

Hari ini Islam merupakan sebuah Agama yang paling laju berkembang di muka bumi. Hampir tiga puluh peratus penduduk dunia adalah beragama Islam dan yang paling penting sekali mereka mentaati dan mengikuti ajaran agama, Ini yang mustahak. Kalau hanya bernama Islam tetapi perangai lebih buruk dari seorang kafir, apa gunanya seseorang itu memeluk agama Islam. Kalau kita perhatikan, lebih dari enam puluh peratus pengikut agama lain tidak mengikuti dan tidak memahami ajaran agama sebenar mereka. Situasi ini terhasil kerana mereka hanya di turunkan agama tanpa tunjuk ajar dan contoh yang baik.

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, siapa yang sebarkan Agama suci Allah ini?. Hanya Sahabat-sahabat Rasulullah yang menjunjung perintah Allah dan Rasulullah yang menyebarkan berita Islam ke seluruh dunia dan mereka diikuti oleh Wali-wali Allah dan pengikut Agama Allah yang setia. Hanya kerana mereka hidup selaku contoh yang baik, Kita menerima Islam dalam bentuk yang sebenar dan lengkap, setiap orang Muslim harus berterima kasih kepada mereka kerana, memberikan agama Islam yang sempurna dalam bentuk asalnya yang suci kepada kita.

 

Kehidupan dan kematian Wali

Kebanyakan Wali Allah telah hidup di kalangan kita sebagai seorang manusia yang biasa. Mereka hanya menjalankan kehidupan serba mudah dan ringkas. Ada Wali yang hidup berkeluarga dan ada yang hidup berseorangan, satu-satunya tujuan dan tugas mereka adalah hidup sebagai seorang Muslim yang sebenar dan menyampaikan berita baik Islam kepada semua umat manusia.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Yunus: 62)

 

Segelintir dari mereka ghaib dengan badan sebegitu sahaja tanpa mati, ada segolongan yang mati dalam peperangan, ada segolongan yang mati dibunuh, segolongan lagi mati seperti biasa dan ramai lagi mati oleh sebab-sebab yang lain. Tidak semua dari mereka yang disemadikan dengan sempurna, badan mereka di tanam di mana sahaja mereka meninggalkan badan (mati) dan ada segelintir badan Wali di rosakkan, di hancurkan, di bakar dan ada yang terbiar sebegitu sahaja.

Oleh kerana ramai Wali Allah tiada makam yang sempurna, apabila mengenali jasa baik mereka nenek moyang kita telah membina makam untuk mengenang jasa baik mereka.

 

Kematian bukan pengakhiran

Berapa ramai dari kita yang faham bahawa kematian, hanyalah sebuah proses di mana roh berpisah dari badan dan tidak lebih darinya, kematian bukanlah sebuah pengakhiran tetapi permulaan. Kenal ke kita bahawa hanya badan manusia akan menjadi tua, jatuh sakit, mati dan rosak; tetapi roh yang merupakan asas manusia tidak akan mati dan tetap wujud sehingga hari kiamat.

Jika kita menelitikan makam-makam Wali Allah dan sahabat Rasulullah SAW hanya terdapat di Asia dengan jumlah yang banyak khasnya di India dan Indonesia kerana Nenek moyang kita yang mengenali rahsia ini telah membina, sebuah tempat khas untuk roh Wali Allah berehat dengan tenang.

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Aali Imraan: 169)

 

Makam Wali bukan Kubur

Seorang pegawai dari Jabatan Agama Melaka, telah memberitahu kepada saya, bahawa semasa mereka mengali beberapa kubur yang dipercayai makam Wali, yang terdapat di Pulau Besar, Melaka- semuanya kosong dan tidak mempunyai sebarang rangka atau tulang manusia.

Ya betul ! kebanyakan makam yang terdapat di Pulau Besar, Melaka hanyalah selaku tugu peringatan dan bukan kubur. Ahli keluarga, Sahabat Rasulullah, Wali-wali Allah dan pengikut mereka yang datang ke Asia dan kawasan Nusantara untuk menyebarkan Agama Allah tidak hidup mewah atau menetap di sebuah tempat yang sama. Kebanyakan dari mereka hanya menjalankan kehidupan seumpama  fakir miskin. Mereka menjelajah ke seluruh Nusantara dan India untuk menyebarkan Agama Allah, saya rasa mereka mungkin langsung tidak berfikir tentang kehidupan mereka atau ahli keluarga mereka, tetapi kerisauan mereka hanya di atas kesuburan kehidupan penduduk Nusantara dan India.

Merekalah yang menyalakan cahaya Islam di hati nenek moyang kita, tetapi ramai dari kita langsung tidak mengenang budi mereka dan mengeluarkan kenyataan bahawa, haram melawat makam mereka dan orang yang melawat makam Wali pula di labelkan sebagai penyembah kubur.

 

Menziarahi Makam Wali

Dengan hanya menziarahi makam Wali bukan bererti seseorang itu memuja makam tersebut. Seseorang melawat makam Wali hanya di atas tanda penghormatan di atas mereka dan bukan kerana beriman di atas mereka. Agama Islam tidak pernah melarang umatnya untuk menziarahi makam.

Saya bukan menulis artikel ini untuk mengesyorkan anda untuk melawat makam Wali sebaliknya hanya untuk memberikan kesedaran dan maklumat tentang makam Wali.

 


Pulau Besar, Melaka

 

Jangan robohkan Makam Wali

Kita tidak perlu membina, menghias makam Wali ataupun menziarahi mereka, sekurang-kurangnya janganlah merobohkan makam Wali yang sedia ada. Biarlah Roh mereka berehat dengan tenang, seumur hidup  mereka sudah terseksa dan melalui kehidupan yang penuh menderita demi kebaikan kita, jangan menyusahkan mereka lagi selepas mangkat.

… sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur. (Al-Hajj: 7)

 

Makam Wali palsu dan penyembah berhala

Apabila menulis artikel tentang makam Wali, ia menjadi tugas saya untuk memberi peringatan tentang makam Wali yang palsu dan penyembahan berhala. Banyak juga makam yang di percayai sebagai makam Wali Allah adalah makam yang palsu atau orang tersalah percaya kepada sesebuah tanah kubur sebagai makam Wali.

Ramai orang yang menyembah berhala kepada Makam-makam Wali dan menyalah gunakan mereka untuk menghasilkan sesuatu yang jahat. Semasa saya menziarahi makam Wali Allah di Pulau besar, saya telah melihat perangai buruk manusia yang telah menyembah berhala, sujud kepada makam, meminta nombor ekor, mengamalkan ilmu hitam, memanggil roh Wali, membuat sihir dan sebagainya. Ini semuanya haram dan berdosa, biarlah mereka berehat dengan tenang, jangan menyusahkan mereka.

Ada juga segelintir remaja yang berkelakuan perbuatan tidak bermoral dan membuat maksiat di Pulau besar, ini harus di larang.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(An-Nisaa: 48)
 

Comments

comments

468 ad